Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

November 07, 2014

Alkisah dakwah

Assalamualaikum w.b.t

Artikel perkongsian dari wall FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Siti seorang gadis tidak bertudung menghadiri usrah di sebuah universiti tempatan.
Ketika berusrah, Siti ditegur oleh Fadilah, senior Siti, secara keras bahawa jika Siti tidak ingin memakai tudung, maka dia akan dikeluarkan daripada usrah sambil memberikan kata-kata pedih bahawa mereka tidak bergelumang dengan orang yang bakal ke neraka kerana tidak menutup aurat.
Teguran itu pula dibuat di khalayak ramai, sehingga Siti terasa malu.
Siti, seorang anak yatim, tidak pernah bertudung sejak kecil. Ibunya pun tidak pernah bertudung sejak kehilangan bapanya ketika Siti berusia 3 tahun.
Ibunya menghabiskan sepenuh masa mencari rezeki untuk membesarkan Siti sebagai seorang pekerja sosial.
Siti dibesarkan dalam keadaan menyendiri. Di universiti, tatkala Siti baru dapat bergaul dengan kawan-kawan, Siti pula dihalau Fadilah daripada usrah. Fadilah adalah anak perempuan kepada seorang ustaz yang terkenal.
Sejak kejadian itu, Siti ditegur dengan kasar setiap kali terserempak Fadilah di ruangan universiti.
Sedih melihat keadaan itu, Aminah, seorang senior di fakulti yang sama, yang juga rakan baik Fadilah, mula mendekati Siti.
Aminah berkawan secara biasa dengan Siti, dan menerima Siti seadanya tanpa sebarang komen.
Apabila tiba waktu solat, Aminah mengajak Siti bersama ke surau. Aminah juga mengunjung rumah Siti dan berkenalan dengan ibu Siti. Sebelah maghrib, Aminah selalu memastikan Siti ikut bersama mengikuti kuliah harian di surau.
Ketika harijadi ibu Siti, Aminah telah membuatkan kek dan membawanya ke rumah Siti untuk diraikan bersama.
“Ini hadiah untuk makcik,” Aminah berkata sambil menghulurkan hadiah kepada ibu Siti.
Di dalam kotak yang dibalut cantik itu terdapat 7 helai tudung yang cantik. Ibu Siti dan Siti terasa sentuh.
“Makcik, biar saya pakaikan untuk makcik,” kata Aminah.
Ibu Siti membiarkan sahaja Aminah membantunya memakai tudung di bilik.
“Cantik sungguh makcik bila pakai tudung. Padan sangat,” kata Aminah.
Ibu Siti tersenyum gembira. “Siti, Aminah bagi 5 tudung, Siti cubalah satu. Nanti kita ambil gambar bersama sambil potong kek,” pelawa ibu Siti.
“Cantiknya Siti. Aminah memang pandai pilih tudung,” kata ibu Siti selepas melihat wajah Siti bertudung.
Selepas itu, kelihatan Siti mula bertudung sekali-dua seminggu di universiti.
Fadilah yang melihat perubahan pada Siti bertanya kepada Aminah…
“Siti ini memang susah nak diajar. Sekejap pakai sekejap tak pakai,” kata Fadilah.
“Lah, spiritual journey setiap orang berbeza. Dulu Siti, 7 hari seminggu tak pernah pakai tudung dan selalu tinggal solat. Sekarang dah pakai selang sehari, kira dah ok. Bagi dia masa, dia akan jumpa hikmah di sebalik memakai tudung, dan Insha-Allah, akan erti menjaga auratnya.
Tapi, kita kena berusaha dekatkan dia dengan Islam untuk selamatkan dia. Bukan dengan menegur keras menghalau dia jauh daripada kita. Bukan semua orang datang daripada keluarga agama seperti Lah. Ibu Siti sekarang pun dah mula bertudung,” kata Aminah kepada Fadilah.

Wahai anakku,
Apabila kamu terlihat sahabatmu semakin jauh daripada agama-Mu, janganlah kamu terus menghukum dia dan menjauhkan dia daripada kamu. Sebaliknya, dekatkan kamu dengan dia untuk membantu dia kembali ke jalan yang sebenar. Menjauhkan orang dari Islam mudah, mendekatkan orang dengan Islam itu yang payah. Yang payah itulah tugas kamu sebagai seorang sahabat dan kepada Allah.

Senyum

p/s pendekatan kita :-)
Sahabat semua, tutuplah aurat....ia maruah kita:-)

1 comment:

Nor Azimah said...

dakwah mmg kena berhikmah, kalau kasar org akan lari sebab fitrah kita mmg suka ditegur dengan lembut.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi