Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

March 10, 2011

Blank

buka-login-tutup
.
.
.
buka-login-tutup
.
.
.
betul2 blank nak update apa.
yang nyata tak punya cerita menarik la.
harap lepas cuti lama (jika masih dipanjangkan umo) ni idea mencurah2
macamana nak jadi blogger tegar jika takder idea menarik nak dikongsikan.
.
.
2-3 hari ni hujan turun membasahi bumi.
best sangat-->sejuk
harapnya hujan yang membawa rezeki untuk semua.

March 07, 2011

Kami

-dok tgu abah & mek amik benih tebu-
sejarah macam berulang.
bukan apa, time ngandung najibah dulu pun saya,abang & mek sibuk dok buat projek tanam pisang.
dan sekarang ngandung anak kedua pulak projek tanam pokok getah. Sebelum tanam pokok getah mek & abang tanam tebu pulak kali ni. yang bestnya lagi kita dah tambah "pekerja" sapa lagi klu tak kakak najibah-->pekerja yang banyak songeh. kasut masuk tanah tak boleh, basah tak boleh dan ntah apa2 lagi la...
kali ni jugak kita ada poksu-->ringan la sikit. Kali ni ibu tak buat apa pun. Bukan apa, projek ni mula lambat, saya pun dah sampai due dah.
apa2 pun harap semuanya berjalan lancar.

March 02, 2011

Rasa syukur yang indah

.
.
.
indah hidup ini bila semua orang tahu bersyukur.
nikmat tuhan itu luas, knp kita menyempitkannya.
belajarlah bersyukur.

March 01, 2011

37weeks

checkup hari ni

berat- ada turun sikit (alamak dah tanda tu)
hb - ok
bp - ok
nadi - ok
heartbeat baby - ok
sembab - tiada
tanda kelahian - belum ada(huhu berdebar la pulak)
.
.
.
cerita lain

kakak najibah terlebih manja ngn ibu.
ibu tinggikan suara sikit dah nangis
pastu pulak semua nak ibu yang uruskan---lalalala
orang kata itu biasa bila nak dapat adik.
harap perangai najibah tak berlarutan, kalau tak penat la abah nak handle nanti.
~najibah good girl kan~

February 16, 2011

bila dah tahu meminta


salam...
ya, n3 ni mmg relate ngn najibah...
biasa la blog ibu2 kan->mesti berkisar ngn kisah ank2.
.
.
anak ibu ni dah tahu meminta kisahnya...
abah dia yang cite ni...
kisahnya, ada org tanya dia 'ibu mana'
dia pun jawab la, 'ibu gi kije, nanti nak beli nak laptop'
amboi2....laptop tu.
tapi mmg ada suatu hari tu dia ada minta beli laptop untuk dia.
baru 2 tahun dah tahu minta beli itu ini...
sekarang, kalau ada org bagi duit kat dia, mesti dia kasi ibu untuk simpan->nak beli laptop katanya...
huhu so lovely.
nanti insyaAllah ibu belikan yang menan punya ya->mainan la dulu, dah besar sikit ibu kasi yang real...
lepas ni tak tahu la apa lagi yang dia minta.
.
.
.
tapi betul ke tgk skrin/tv lama2 boleh rosakkan minda anak2?

February 13, 2011

Cerita Weken

sama cam biasa.
weken yang rutin.
cumanya, minggu ni buat kek untuk poksu najibah.
pagi sabtu tu bangun lepas bekfes ketupat sotong terus buat sementara assistan belum bangun...
tapi belum sempat pukul telur cik assistan dah bangun.
so "terpaksa" korbankan tepung & bahan2 lain untuk cik assistan...
jom layan beberapa gambo yang sempat diambil.
.
.
.
"Selamat Hari Lahir Farhan"
Alahmdulillah, syukur pada Allah untuk segalanya.
(cerita farhan ada n3 sebelum ni, malas nak backlink sb taknak ingat apa yang terjadi)
Apapun saya sangat gembira dengan dia sekarang.
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk dia.
Semoga dia panjang umo, murah rezeki dan dapat jodoh yang baik.
Kami semua sayang kamu Farhan.....

kek untuk farhan...cuba buat saja...tapi oklah jadi jugakla

Ok kita tengok chef kita...

.
.
.
hari jumaat ada pegi Tok Bali cari lauk
teringin nak makan ketupat sotong, so beli minta mek buat....
lupa pulak nak amik gambo yang dah dimasak...
bukan makan bnyk pun, rasa je pun...nak makan tu beriya je.
keropok keping di tok bali adalah mahal, bagi saya lah.
sebab kalu kat pasar ketereh lebih murah...ingat kat tempat ikan banyak boleh murah, rupanya lagi mahal...kalu sedap takpe jugak.
Sekitar gambo kat pasar Tok Bali.
Akak2 & makcik2 ni sedang pilih ikan yang baru sampai...

bot2 yang baru berlabuh..

najibah yang takberapa in mood....
.
.

resepi mudah untuk dikongsi...cubalah.
bahan nak buat ketupat sotong->beras pulut, sotong sederhana (kalu besar sgt liat), santan.
cara-> perah santan, pastu rendam beras bersama santan (dlm 10-15min), pastu masukkan ke dalam sotong, santan yang lebih masukkan dlm periuk untuk direbus. Masukkan gula+gula melaka. Rebus sampai pekat & pulut masak....

February 08, 2011

cokelat & aiskrim

cokelat mlm tadi, dalam tu ada badam & kismis...pagi tadi dah bedal dek abah najibah dah, belum sempat anak merasa...tapi nampak najibah pun suka.
p/s Jeri jadi tak ni?
semalam buat dua benda ni untuk najibah...
sb nak sgt buat bendalah ni, anak2 ngasuh najibah suka sangat buat balik cokelat(sweets) & makanan yang tak sepatutnya untuk najibah bila balik dari sekolah->nak larang kang dikata terlalu berkira.
so sudahnya, buat sendiri dan bekalkan untuk najibah.
cokelat tu kawan lama yang bagi resepi->lama dah dapat, tapi bahan takder so mintak tolong dia belikan...jadilah jugak. nanti nak kena pelbagaikan so budak najibah takderla jemu.

aiskrim buah mangga dan cokelat....siap gaduh2 ngan najibah->tak sabar nak makan aiskrim yang belum keras...huhu->excited sb kartun2 tu agaknya. Tgk petang ni kalu dia makan, ok nanti ibu pelbagaikan rasa eskrim tu ya....zaman ibu dulu ada eskrim potong ngn dalam plastik panjang seposen satu....zaman sekarang macam2

aiskrim tu cuba je...buat dari susu dia cuma tambah rasa je. bukan tambah perasa tambahan la, itu mana boleh untuk budak kan, tambah rasa contoh cokelat, buah-buahan.
semalam buat cokelat ngn buah mangga. Ada stok mangga, so buat mangga la. blend & hiris nipis untuk taruk dalam tu...harap sedap & najibah boleh terima.
najibah mmg susah nak minum susu lepas dah cerai susu hari tu. so far, sebelum ni susu dia saya ada buat agar2 & puding->ini mmg dia makan. kalu setengah loyang kecik tu habis dia makan..
ok la kan, dari tak minum susu langsung.

Tapi serius mmg susah nak tarik budak nak suh makan. kalu makanan merapu tu cepat je. Abah najibah kalu nak suap makan kat najibah,mmg sampai budak tu jerit takmo....
tapi kalu time dia ada selera mmg takpayah paksa, siap dia pulak mintak...
saya peratikan najibah ni sekali sebulan mmg akan ada time tak lalu makan....time tu mmg bercinta la nak kasi dia makan.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi