Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

November 28, 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat...

- maafkan orang
- doakan orang
- hubungkan silaturahim....

November 26, 2014

Anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

semalam bawa dorang pegi klinik...
ye semua...sambil bawa saniy pegi cucuk...saya bawa kad kakak & syahmi untuk update 
cek biasa jer..berat & tinggi, tapi syahmi saya request minta jumpa doc sebab dia batuk, bila malam jer kung-kang batuk...tapi x demam.
cuma curious sebab abah dorang ni ada lelah...alhamdulillah paru2 clear..cuma batuk biasa. 
.
.
berat kakak 20kg, while syahmi 13.5kg...okay..seimbang misi cakap. Then dia bagi ubat cacing juga. 
adik saniy pulak, berat tak naik sama macam 5bln 6.9kg. Saniy dah mula makan solid food...hayyyaaa ibu kena merajinkan diri lagi dan lagi...nasib kakak pun dah cuti takderlah nak gesa2 buat bekal dia jugak...huhu dasar malas sangat kan....tahun baru nanti kena extra rajin la ibu..bekal kakak & makanan untuk adik jugak...
boring la tu x leh nak "berotomen"
kakak jumpa cikgu dia...terus kejung malu...apa2 jer kakak ni:-)
gambo adik saniy takder pulak....susah nak amik gambo satu famili...teringin nak gi amik kat studio, baru cantik tersusunkan? Sapa boleh amik gambo famili murah2 ya...bajet sokmo la ibunya:-)

33 tahun

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Ya Allah, 33tahun Kau beri aku pinjaman usia ini...entah berapa banyak masa lagikan ada...hehe
bersama edisi terbaru...takder kat pasaran ni:- Saniy..hikss
Moga tahun baru ni baik2 saja...murah rezeki selalu...bahagia & boleh membahagiakan yang lain....


November 25, 2014

Bahasa ibunda

Assalamualaikum w.b.t

kemain bahasa ibunda katanya...
bukan apa..teringat kat kakak sulong saya...
kami ada group whatsApp...sekarang kebanyakannya ada kan...
jadi kami berinteraksi kat situ jerlah...
saya ni suka la tulis dalam bahasa ibunda kalau yang dok whatsApp tu sama negeri...
"kecek klate" la org kata...
boleh dia tak faham apa saya tulis..huhuhu
dia kata...kalau bercakap betul tak apa, tapi kalau tulis tak faham..susah nak baca..hiksss
okay2 lah..dinda tulis bahasa melayu baku ya kanda:-)

November 24, 2014

20 cara untuk meningkatkan kuasa otak anak

Artikel c&p x ingat dari mana...

1.       Jaga pemakanan semasa mengandung. Amalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan habbatussauda’. 

2.      Berkomunikasi dengan penuh emosi dan makna. Lebihkan kata-kata adjektif dan positif. Bercakap dengan nada yang agak tinggi. Contohnya: “Soleh boy, mashaAllah!” sambil ketawa dan berinteraksi. Bahagian otak yang memproses maklumat ucapan dan mengeluarkan perkataan sangat memerlukan input ini.
3.     Bermain permainan yang banyak menggunakan tangan. Bayi sangat mudah memberi rangsangan.
4.     Beri perhatian semasa bayi kita menunjukkan sesuatu. Penting untuk mereka mengetahui bahawa kita memberi perhatian.
5.     Tanamkan minat kepada buku sejak bayi. Tunjukkan buku-buku bergambar dan tulisannya. Sebut dan tunjukkan. Bayi belajar bahasa dengan cepat melalui cara ini. Tanamkan minat pada Al-Quran pada usia awal.
6.     Jadikan masa mandi atau menukar pampers sebagai masa sentuhan emas. Urut perut dan rambut. Ini akan meningkatkan kemampuan otaknya. Jarak yang sesuai adalah 30-40 cm daripada bayi supaya mereka dapat mendengar suara kita. Ini bakal mempengaruhi mereka. Anak-anak kurang sentuhan memberi kesan negatif kepada otaknya.
7.     Pilih aktiviti dan permainan yang membuat anak-anak berfikir. Contohnya aktiviti menyusun blok. Saiz yang besar dan kecil membuat mereka bereksplorasi dan bertanya semasa mereka bermain.
8.     Respon apabila mereka menangis. Peluk dan pujuk memberi mereka rasa selamat dari segi emosi. Ini memberi kesan positif kepada otak. Baca ayat-ayat suci Al-Quran supaya tenang jiwa mereka.
9.     Bina kepercayaan dan perhatian kepada anak-anak. Bila mereka bermain, bercakap atau suka tentang sesuatu, beri perhatian.
10.   Jadikan rumah zon positif. Bercakap, berkelakuan dan beraktiviti positif sahaja.
11.   Meminta bantuan anak-anak dalam kerja-kerja rumah. Mereka belajar menyusun, mengkategorikan sesuatu dan lain-lain. Ini penting semasa bereka belajar menyiasat alam. Mereka juga membina softskill.
12.   Ruang kondusif dan selamat untuk anak-anak beraktiviti. Merangkak, berjalan, memanjat dan sebagainya. Ini supaya mereka belajar mapping ruang mereka dan mereka tahu di mana tempat boleh panjat, duduk dan sebagainya.
13.   Nyanyian yang mempunyai isi kandungan yang baik. Gerakan jari, badan dan kaki baik untuk motor skill mereka. Zikir dan selawat juga amat baik sekali. Al-Quran dimainkan sepanjang masa juga mempengaruhi otak dan kelakuan mereka.
14.   Bawa mereka bersama kawan-kawan sebaya supaya mereka boleh bersosial dan berinteraksi secara positif untuk membina keyakinan diri.
15.   Waktu makan dan tidur yang positif. Mulakan doa, sebutkan nama makanan dengan kuat. Ceritakan kebaikannya. Ceritakan kisah yang baik sebelum tidur.
16.   Konsisten secara positif dalam memberi respon kepada kelakuan anak-anak.
17.   Disiplinkan anak secara positif. Gunakan bahasa positif, ganjaran sosial dan sebagainya.
18.   Ajar anak empathy dengan situasi seseorang atau peristiwa. Emosi skill akan menghubungkan sel-sel otak. Contohnya boleh bawa mereka ke rumah anak-anak yatim. Ceritakan tentang perasaan tiada ibu bapa dan sebagainya. Ceritakan tentang kebesaran Allah dalam setiap situasi.
19.   Beri anak-anak peluang bermain dengan benda-benda kotor seperti tanah, pasir dan sebagainya. Ini akan mengaktifkan sensori skill mereka. Kaitkan dengan Al-Quran dan hadith semasa bermain. Ini akan meningkatkan ilmu tauhid dan meningkatkan kemahiran mereka.
20.   Ekspreskan memek muka dan bahasa tubuh kepada anak-anak mengikut kesesuaian situasi. Ini menjadikan anak-anak yang mudah mempamerkan emosi dan perasaan mereka secara terkawal.

p/s Semoga bermanfaat...sama2 kita praktikkan.

borak 0

Assalamualaikum w.b.t

Saya x tahu nak buat entri apa...kosong sangat idea...saya tulis jelah apa yang terlintas..
.
.
Nak kata makanan anak saya terkawal sepenuhnya...tak juga..
iyalah bukan saya sorang yang menjamu mereka...di luar kawalan jugak:-)
.
.
tapi seboleh mungkin saya cuba untuk memberi makanan yang terbaik untuk mereka.
kadang gaduh jugak lah dengan abah dorang...abah dorang bagi jer bila ank minta...jajan ke gula2 ke..ok jer
bila saya tengok hmmm berbakul jugaklah bebelan dari saya....saya faham, kami (saya & abang) dibesarkan dengan cara berbeza...tu yang kadang 'misscommunication'...hikss 
Sebab tu saya seboleh mungkin nak masak sendiri...dari tak tahu apa2 sekarang...dah boleh masak macam2..hehehe ala...tak tahu google...tanya orang tua kan...bukan susah pun.
okaylah tu kan...ada peningkatan.
dan sekarang dah ringan sikit...sb saya dah ada pembantu...
jaga adik, kakak belum past...adik ngek sikit jer..dah gelabah....
boleh la tolong ibu sikit2...kalau masak tu boleh la potong2 sayur...kacau kuah (dalam perhatian saya ya...insyaAllah selamat)....gentel2 biskut...fishball..chicken ball...hmmm...basuh pinggan..sapu lantai..hehehe
kejam ke saya? Rasanya tak kot...untuk mereka jugak, bila besar nanti...takkan nak mengadap buku 24/7 kan...tak berbaloi jugak pandai belajar..tapi ilmu hidup takder....
.
.
ooh ya..soalan bodoh dari saya..lepas ni bila harga minyak petrol ada naik turun, harga barang pun ada naik turun ke? saya tengok sekarang kemain lagi harga barang keperluan....macamana nak makan makanan organik, harga yang tak organik pun kemain lagi:-) guna/pakai jerlah apa yang ada yer tak:-)

November 23, 2014

Syahmi dan otomen

Assalamualaikum w.b.t

Kalau kakak dgn frozen.....syahmi pulak dgn otomen...
pening jugak dengan budak ni...
kang kita leka dok buat apa2...tiba2 dia datang "bertukar"
hahaha...pengaruh tv sangat budak ni...
kang nanti....dia buat macam2 lah...
.
.
tahun depan 4 tahun...saya mmg akan hantar dia tadika la..
dari dia duduk sesaja kat rumah tu..baik dia bersosial dgn kawan2 baya dia...ada lah jugak inputnya...
duk rumah pun TV & NB memanjang....dorang mmg takder tab..
takder keperluan kot...lagipun ibu takda pitiss :-) nak beli sorang satu..kang beli satu berebut jatuh gedebuk rosak pulak...korang lenjan lah ibu punya...kang rosak duk diam...
menyesal pun ada beli TV...rasanya lebih baik takder kot...tapi tulah...dorang duk rumah tok dorang, jadi takder kawalan jugak...berdoa banyak jerlah...
tu dia otomen sedang buat keje part time...amik gambo kakak kat majlis akhir tahun...sudahnya satu habuk  gambo pun tarak...takpelah kakak, tahun depan ada lagi :-)

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi