Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

November 24, 2014

20 cara untuk meningkatkan kuasa otak anak

Artikel c&p x ingat dari mana...

1.       Jaga pemakanan semasa mengandung. Amalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan habbatussauda’. 

2.      Berkomunikasi dengan penuh emosi dan makna. Lebihkan kata-kata adjektif dan positif. Bercakap dengan nada yang agak tinggi. Contohnya: “Soleh boy, mashaAllah!” sambil ketawa dan berinteraksi. Bahagian otak yang memproses maklumat ucapan dan mengeluarkan perkataan sangat memerlukan input ini.
3.     Bermain permainan yang banyak menggunakan tangan. Bayi sangat mudah memberi rangsangan.
4.     Beri perhatian semasa bayi kita menunjukkan sesuatu. Penting untuk mereka mengetahui bahawa kita memberi perhatian.
5.     Tanamkan minat kepada buku sejak bayi. Tunjukkan buku-buku bergambar dan tulisannya. Sebut dan tunjukkan. Bayi belajar bahasa dengan cepat melalui cara ini. Tanamkan minat pada Al-Quran pada usia awal.
6.     Jadikan masa mandi atau menukar pampers sebagai masa sentuhan emas. Urut perut dan rambut. Ini akan meningkatkan kemampuan otaknya. Jarak yang sesuai adalah 30-40 cm daripada bayi supaya mereka dapat mendengar suara kita. Ini bakal mempengaruhi mereka. Anak-anak kurang sentuhan memberi kesan negatif kepada otaknya.
7.     Pilih aktiviti dan permainan yang membuat anak-anak berfikir. Contohnya aktiviti menyusun blok. Saiz yang besar dan kecil membuat mereka bereksplorasi dan bertanya semasa mereka bermain.
8.     Respon apabila mereka menangis. Peluk dan pujuk memberi mereka rasa selamat dari segi emosi. Ini memberi kesan positif kepada otak. Baca ayat-ayat suci Al-Quran supaya tenang jiwa mereka.
9.     Bina kepercayaan dan perhatian kepada anak-anak. Bila mereka bermain, bercakap atau suka tentang sesuatu, beri perhatian.
10.   Jadikan rumah zon positif. Bercakap, berkelakuan dan beraktiviti positif sahaja.
11.   Meminta bantuan anak-anak dalam kerja-kerja rumah. Mereka belajar menyusun, mengkategorikan sesuatu dan lain-lain. Ini penting semasa bereka belajar menyiasat alam. Mereka juga membina softskill.
12.   Ruang kondusif dan selamat untuk anak-anak beraktiviti. Merangkak, berjalan, memanjat dan sebagainya. Ini supaya mereka belajar mapping ruang mereka dan mereka tahu di mana tempat boleh panjat, duduk dan sebagainya.
13.   Nyanyian yang mempunyai isi kandungan yang baik. Gerakan jari, badan dan kaki baik untuk motor skill mereka. Zikir dan selawat juga amat baik sekali. Al-Quran dimainkan sepanjang masa juga mempengaruhi otak dan kelakuan mereka.
14.   Bawa mereka bersama kawan-kawan sebaya supaya mereka boleh bersosial dan berinteraksi secara positif untuk membina keyakinan diri.
15.   Waktu makan dan tidur yang positif. Mulakan doa, sebutkan nama makanan dengan kuat. Ceritakan kebaikannya. Ceritakan kisah yang baik sebelum tidur.
16.   Konsisten secara positif dalam memberi respon kepada kelakuan anak-anak.
17.   Disiplinkan anak secara positif. Gunakan bahasa positif, ganjaran sosial dan sebagainya.
18.   Ajar anak empathy dengan situasi seseorang atau peristiwa. Emosi skill akan menghubungkan sel-sel otak. Contohnya boleh bawa mereka ke rumah anak-anak yatim. Ceritakan tentang perasaan tiada ibu bapa dan sebagainya. Ceritakan tentang kebesaran Allah dalam setiap situasi.
19.   Beri anak-anak peluang bermain dengan benda-benda kotor seperti tanah, pasir dan sebagainya. Ini akan mengaktifkan sensori skill mereka. Kaitkan dengan Al-Quran dan hadith semasa bermain. Ini akan meningkatkan ilmu tauhid dan meningkatkan kemahiran mereka.
20.   Ekspreskan memek muka dan bahasa tubuh kepada anak-anak mengikut kesesuaian situasi. Ini menjadikan anak-anak yang mudah mempamerkan emosi dan perasaan mereka secara terkawal.

p/s Semoga bermanfaat...sama2 kita praktikkan.

No comments:

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi