Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

April 25, 2014

NAK KEAMPUNAN TUHANMU

Assalamulaikum w.b.t

Artikel dipetik dari laman FB Dato' Tn Ibrahim Tn.Man

Wahai anakku,
Kalau engkau suka Allah ampunkan dosamu, maaflah kesalahan orang lain padamu. Kerana kemaafanmu di dunia jauh lebih mudah berbanding engkau memohon keampunan dari manusia di akhirat. Aku sangat takut akan golongan yang muflis di akhirat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah, mereka adalah golongan yang banyak amalan, namun semasa di dunia banyak melakukan penganiayaan terhadap manusia; lalu mereka menuntut darinya di akhirat sehingga habis segala pahalanya dan diganti pula dengan dosa.

Wahai anakku,
Janganlah engkau terikut kehendak nafsu burukmu yang dihasut oleh syaitan, untuk tidak memaafkan kesalahan manusia lain, kerana itu puncak keegoan yang memusnahkan. Apalah erti engkau menyimpan dosanya atau dendammu. Yang penting wahai anakku, keinsafan terhadap kesalahan dan kekesalan terhadap apa yang berlaku, lalu ia menitis air mata taubat memohon pengampunan Allah. Kalaulah Allah sedia mengampuni dosa hambaNya, janganlah engkau menjadi makhluk yang lebih sombong dariNya.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W Bersabda: "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka di akhirat. Mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam kerana memperjuangkan agama Allah." Menangislah kerana dosamu, kerana tangisan itu akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, walaupun terlalu sukar manusia menangis kerana dosanya. Dan berjaga malamlah demi memperjuangkan agama Allah. Sabarlah wahai anakku di atas kepenatanmu sehingga tengah malam, di saat semua orang sedang tidur lena dibuai mimpi, kamu masih berada di atas jalanraya menahan kepenatan dan keletihan memperjuangkan agama Allah.

Wahai anakku,
Aku sering mengingati pesanan Tuan Guru Nik Aziz, biarlah kita penat di dunia, semoga kita tidak penat nanti di akhirat.
Salam perjuangan buat semua.

Senyum.

2 comments:

msredcheesecake said...

kalau kita malas di dunia, teruklah kita kat akhirat nanti... thanks for the reminder

insan marhaen said...

IM pun tersenyum bila baca ayat-ayat terakhir.

;-)

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi