kurang lebih 72jam dari sekarang kita semua akn menginjak ke tahun 2013, insyaAllah.
dan semua kita tahu kita dah pun dibulan Safar untuk tahun hijrah...begitu lah masa, cepat jer berlalu.
dan seperti biasa, ramailah antara kita yang buat resolusi2 terbaru mahupun carry forward yang lepas...
apa2 pun rancangan kita hanya Allah yang tahu kemana kita seterusnya. Yang penting usaha & doa yang selari:-)
.
.
.
tahun 2012 mmg banyak yang tak boleh dilupakan...
harap tahun baru akan datang jika dizinkan saya mahu lebih bersemangat untuk berkongsi cerita..huhu
.
.
hujung tahun ni kat pantai timur seperti biasa kami mmg akan menghadapi monsun timur laut..
rasanya tahun ni agak lambat..sebab sekitar november hari tu kami masih dapat tengok sinaran mentari..
hujan lebat sekitar pertengahan december sehinggalah hari ini.
kebanyakan tempat dinaiki air...dan ada yang berpindah. Di kampung saya belum pernah lagi jadi mangsa banjir...Alhamdulillah.
Biasa kat tempat yang rendah akan berpindah mengikut arahan pihak berkuasa.
![]() |
jln nak ke pekan ketereh dr rumah saya mmg takleh lalu untuk sementara ni |
mmg tak boleh kerja la...jadi kebanyakannya akn dok rumah sesaja..melainkan yang agak rajin dan berminat akan ke tempat air naik dan memasang pukat untuk pukat ikan..biasa banyaklah ikan2 "darat" (ikan air tawar) musim ni..
dan itulah lauk musin tengkujuh di kelantan...ikan puyu,haruan, sepat, keli, dan macam2 lagi..dan kalau ada rezeki lebih tu boleh buat jual lagi....itu kalau dikampung2 la....harga ikan2 ni boleh tahan mahal jugaklah...nk mkn ikan laut segar mmg tak lah...kalu ikan sejuk beku tu pun mmg mahal la musim tengkujuh ni...mana boleh gi kelaut kan?
![]() |
dah tak nampak mana jalan mana sungat-bahaya |
entahla sekarang ni rasa bahaya pulak bila anak2 nak main air..dulu tak fikir bahaya pun:-)
dulu lain sekarang lain kan?
No comments:
Post a Comment