Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 28, 2012

Tadika

Assalamualaikum w.b.t

Tahun baru nanti kami cadang nak hantar kakak (najibah) ke tadika..
jadi adalah survey2 tadika2 yang dalam budget ciput kami tu..

tak tahu pun saya tadika sekarang dah macam2..rasanya dulu femes amos adalah tadika kemas je.
sekarang hah..sediakan budget jer..
boleh tahan jugaklah nak hantar anak pegi tadika jer pun:-)
saya dulu tak sempat habis pun tadika:-) takder org nak pergi hantar & amik.
jadi dok rumah jer lah main pondok2 masak2:-) 
eh ke lain pulak cerita nya:-)

saya pun tak tahu lah umo berapa yang patut hantar tadika sekarang ni.
yang saya tahu umo 7thn masuk sekolah rendah kan?
tapi kalau ikut yang saya baca tu umo 4thn dah boleh hantar untuk pre-school..
jadi kami decide nak lah hantar najibah untuk pre-school.
memandangkan sekarang dia cuma dok di rumah rasanya adalah lebih baik kita hantar ke pre-school tu..
saya takdelah nak target apa pun..cuma biar dia boleh mingle around dengan kawan, belajar hormat hak orang lain, belajar berkongsi dalam erti kata belajar bersosial:-)
jika dia boleh belajar baca & kira dalam umo dia tu, itu adalah bonus untuk kami:-)

jadi, next year (insyaAllah) ke tadika lah najibah. 
lagipun dia dok mintak nak ke sekolah...nanti saya update dia ke tadika apa:-)
InsyaAllah

2 comments:

Kakzakie said...

Betullah daripada main sekarang banyak tadika di sana-sini. Biarlah najibah biasa berkawan dgn persekitaran sambil belajar. Tak rugi...

shaliza said...

Kakzakie; Terima kasih kak...betul tak rugi:-)Pelaburan masa depan.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi