Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

January 03, 2013

Anak Solehah Saya : Ke Tadika

Assalamualaikum w.b.t

Di Kelantan sudah 3 hari sesi persekolahn bermula untuk tahun 2013.
Walaupun hujan/banjir masih lagi berterusan, sesi persekolahan tetap diadakan seperti biasa.
Mungkin ada lah yang terpaksa tutup (tapi rasanya di Kelantan tak ada)
.
.
Sudah 3 hari juga lah kakak kat tadika..
so far so good:-)
.
.
Saya hantar kakak ke PASTI Al-Insaniah, Ketereh
Setelah survey beberapa tadika sebelum ni, kami ambil kata sepakat nak hantar ke situ.
Dengan yuran yang munasabah dan sesuai dengan kehendak kami.
pagi tadi...baru berkesempatan nak amik pic..adik pun sibuk nak gi sekolah:-)
Dengan bermulanya fasa (amboi berfasa2 pulak) baru untuk kakak, makanya jadual kami pun turut berubah.
Kami kena awal, biasa boleh turun rumah 8++, sekarang saya kena turun sebelum 7.45am.
Biasa boleh rilek2 sekarang omwards takde lah. Nak kena prepare breakfast najibah. Nak tak nak dia kena makan jugak pagi2 tu. Dia dah selalu bangun lambat...jadi makan pagi pun biasa lambat la.
.
.
Pengalaman baru untuk kami, agak susah la nak pujuk dia mandi pagi2 tu...siap ada adegan melalak la jugak...huhu
tabah sudah la..walau pun dia nangis bagai nak rak macamkan kami dera pulak..kami tetap mandikan dia.
takkan nk gi sekolah tak mandi pulak kan? huhu cabaran la jugak tu.
Tapi bila dah mandi siap wangi2 ok la pulak...
harap lepas ni akan bertambah baik.
.
.
Di sekolah pulak, saya tak tahu macamana, sebab saya terus tinggal dia, takmo lama2. Nanti bukan kakak yang nangis, ibu pulak yang lebih (hoooverrr:-)....
Saya rasa takder apa sangat la kut, baru 3 hari kan..
pagi tadi hantar, ramai la pulak yang nangis...risau kut2 berjangkit pulak...hehehehe
Harap2 tak la...kita sambung cerita anak solehah saya lain kali ya, tu pun kalau ada yang menarik untuk dikongsi...insyaAllah.


No comments:

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi