Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

October 08, 2013

Korban

Assalamualaikum w.b.t...

tak beberapa hari lagi kita nak sambut raya korbankan...mungkin semua dah siap chop bahagian masing2..alhamdulillah.
ingat lagi arwah ayah dulu, setiap tahun pasti dia buat korban...dan dia bagilah bahagian tahun itu untuk anak2 dia...buat giliran...jadi merasalah bekorban..walau masa tu tak hiraupun kan....
tu dulu, kenangan....Al-fatihah untuk arwah...how i missing him:-(
sejak saya kawin pun, setiap tahun pun kami buat korban....tapi tahun ni kami tak buat...lembu jantan yang kami bela tu ada orang beli untuk kenduri kawin baru2 ni..so takder lembu yang cukup umur untuk dikorbankan...nak jadi cerita pulak bahagian yang kami tempah kat jiran pulak kami terpaksa bagi kpd anak buah untuk buat akikah anknya...huhu
mmg dah takder la nak cari yang lain...semua orang dah tempah..takder rezeki kami la tahun ni...mmg boleh buat korban secara online tu...tapi saya berani nak usulkan pada bos besar...dia bukan biasa dan rasanya tak tahu pun pasal2 ni..so end up kami bekorban jerlah bagi bahagian kami untuk anak buah...lagipun buat kat rumah tu jugak..dapatlah jugak merasa nanti..inysaAllah...
bila kita buat korban, barulah kita rasa kemeriahan raya tu...insyaAllah tahun depan kami buat.

ini antara fadhilat buat korban...
***sumber dari sini

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:
-Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:Maksudnya:
Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan. (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya:
Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
-Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.Sabda Rasullah Sallahahu ‘Alaihi Wasallam: Maksudnya:
Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadis riwayat Thabrani).
Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda: Maksudnya:
Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi).
p/s...jadi kalau boleh niatkan dalam hati setiap tahun untuk buat korban..simpan duit sikit2 (maklum sekarang bukan sikit duit kalau nak buat korban, kalau tak mampu mmg kena menabung (ada 12 bln nak tgu raya korban tahun depan, jadi mmg sempat kalau kita nak)...nak tunggu mampu mmg takkan buat korban la....tu pun dikira jihad jugak tu:-)

1 comment:

seri.selaseh said...

Banyk fadhilat korban ni. Lagi bagus kalau dpt buat korban kat tmpt2 yg ramai org miskin.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi