Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

February 19, 2013

pilih cikgu?

Assalamualaikum w.b.t

Tu lah cerita kakak stakat hari ini kat tadika.
Saya pun tak kenal sangat cikgu2 kat situ.
yang saya familiar owner tadika tu - Cikgu La
dan dengan cikgu tu sorang la dia ngam sangat2...

setiap pagi mesti dia nangis bila cikgu lain yang dok depan pintu nak jemput anak2 ni...lagi ada sorang cikgu tu dia panggil cikgu nor (saya tak kenal)...huhu
saya pun tak pasti la, kenapa
mungkin dia nampak cikgu2 lain tak mesra & tak berapa tahu nak amik hati dia la kot..
iya la kan..budak2 ni mesti nak kpd mereka yang tahu 'tackle' dia..
lagi2 yang belum pernah berpisah dari family members...selama ni duk ngn pengasuh & tok nenek,
lain rasanya...
anak2 yang dijaga oleh tok nenek ni mmg manja dia lain macam sikit..
tu salah satu sebab saya hantar kakak ke tadika seawal 4thn
Anak2 yang biasa duk nurseri dia dah biasa dgn enviroment ramai2 kan?
dan anak2 yang dijaga sendiri oleh ibu pun lain rasanya...sb ibu ni ada 'hati' nak marah2 anak2.
biasa tok nenek jer yang tak punya 'hati' nak marah cucu. Jadi bila cucu dah biasa di'lemak'kan (eh ada ke perkataan tu) tu yang perangai dorang agak mengada. Tapi masih boleh ditarbiyahkan (disini la peranan mak+ayah pulakkan)
Bagi saya biasakan dia dari awal adalah antara cara penyelesaian...biar dia independent dan tahu jaga diri bila ditempat awam.

kalau nak ikutkan...kat rumah pun boleh ajar kan ABC 123 Alif Ba TA (keyboard takder huruf jawi)..
dan bukan nak kata lah...rasanya umo 2 thn lagi dorang dah biasa dengar lagu2 tu semua dan dah boleh hafal pun...tapi bila hantar ke tadika dorang akan lebih tahu untuk jaga barang sendiri...tahu hak mereka..dan lebih berdisplin.

itu je lah cerita kakak untuk 2bulan dia kat tadika.

Alhamdulillah, ada perubahan.
yang paling impress (setakat ini) dia sudah mula hafal tahiyat....saya belum ajar pun dia..mungkin dia dok tengok abang & kakak yang 5 & 6 tahun dok belajar solat...

Untuk cikgu2 (kalau ada cikgu2 yang 'ter' bump into my entry ni) pulak,
berhemah la sikit dengan anak2...budak2 mmg banyak peel & ragam
jgn lah nak expect dia boleh pandai dalam masa 1-2 kali  awak ajar..
(saya ada baca kat forum yang cikgu2 mcm2)- kerja anda sangat mulia, jadi buatlah yang terbaik.
lain budak lain penerimaan dia...sebab itu mereka dihantar ke sekolah (tak kiralah sekolah @ tadika ke)
nak marah pun tak guna jugak. Buat tambah dosa jer saya rasa:-)

Ok cikgu, senyum & hadapilah dengan tenang.

p/s minggu ni lagi susah nak kejut dia bangun untuk ke tadika sebab cuti panjang-seminggu (cuti CNY)..tapi lepas mandi ok lah dia...kelmarin & semalam pun nangis2 nak cuti lagi..huhu...cuti panjang yang buat saya susah hati...psiko sungguh anak2 ni:-)

2 comments:

azieazah said...

Salam Syaliza.

Anak bongsu Kak Azie dulu, seminggu menangis kat tadika masa memula masuk dulu.

shaliza said...

kak azie; huhu...lucu pun ada jugak tengok anak2 ni...takut sangat agaknya dia.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi