Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari fb Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Alkisah sebuah kemenangan
Ali seorang pelari yang amat mementingkan kemenangan. Bagi Ali, asalkan
menang. Segalanya diukur dari sudut kemenangan, dan baginya kemenangan
dan tepukan adalah kegembiraan.
Kehebatan Ali dalam berlari memang dikenali di kampungnya.
Satu hari ada pertandingan berlari di kampungnya. Cuacanya panas. Ramai
orang kampung datang menyaksikan pertandingan tersebut, termasuk seorang tua yang datang jauh untuk menyaksikan kehebatan Ali yang didengarinya.
Perlumbaan pertama bermula. Meskipun sengit, Ali dengan semangat tidak
mengalahnya telah berlari dengan segala jiwa, tenaga dan kekentalan dan
memenangi perlumbaan pertama.
Orang ramai bertepuk gemuruh dan
menyorak untuk Ali. Tapi orang tua itu tidak memberikan sebarang reaksi.
Ali terpandang orang tua itu, pelik tapi tidak peduli. Bagi Ali, rasa
bangga dan dipentingkan lebih utama.
Esok harinya, perlumbaan
kedua bermula, dengan lebih ramai pelari muda untuk menyaingi Ali. Ali
tetap menang dan hadirin semakin gila menyorak untuk Ali. Walaupun
seronok, Ali tetap berasa pelik pada reaksi orang tua itu, yang tidak
memberikan sebarang reaksi.
Mendengar sorakan yang semakin riuh, Ali terasa kembang dan menjerit, “Jom lumba lagi! Jom lumba lagi!”
Orang tua itu tetiba bersuara. “Saya ingin menaja perlumbaan ketiga. Ali sudi sertai? 3 pelumba sahaja kali ini.”
“Sudah tentu,” kata Ali.
Orang tua meletakkan Ali di tengah. Kemudian orang tua itu membawa
seorang nenek tua dan seorang buta untuk berlumba dengan Ali.
“Apa ini? Ini aku jalan pun menang,” bisik Ali di hatinya.
Perlumbaan ketiga pun bermula. Ali berlari dengan secepat hati ke
garisan penamat. Nenek dan orang buta tidak sampaipun di tengah
perlumbaan, Ali sudah menghabiskan lariannya.
“Aku menang lagi,” jerit Ali sambil menggengam tangannya ke langit.
Namun kali ini. Tiada sorakan daripada para hadirin. Sunyi.
Ali berasa pelik dan terkejut. Mengapa tiada sorakan kali ini? Mengapa tiada yang gila memuji?
“Mengapa ini berlaku? Mengapa mereka tidak meraikan kemenangan saya?” tanya Ali pada orang tua itu.
Orang tua itu berkata: “Lumba lagi. Kali ini pastikan kamu tiba di garisan penamat bersama dengan nenek dan orang buta itu.”
Ali bersetuju.
Perlumbaan keempat bermula. Kali ini Ali memegang tangan nenek dan orang buta dan sama-sama melepasi garisan penamat.
Para hadirin memberikan sorakan semangat sehinggalah akhir perlumbaan.
Mereka melambai-lambai ke arah Ali. Ali terasa pelik, apa bezanya?
Orang tua itu memandang Ali sambil mengangguk kepalanya.
“Pakcik, saya tak faham. Kali ini mereka sorak untuk apa? Siapa antara kita bertiga yang menang?” tanya Ali.
Orang tua itu meletakkan tangan di belakang bahu Ali. “Dalam perlumbaan
ini, kamu menang jauh lebih banyak daripada perlumbaan-perlumbaan yang
lepas kerana perlumbaan ini mereka tidak menyorak untuk siapa yang
menang.”
Wahai anakku,
Kadang-kala kamu terlupa erti
kehidupan sebenar. Ia bukan diukur daripada jumlah angka di akuan bank,
ia bukan diukur daripada jumlah pujian, ia bukan diukur daripada
kedudukan, ia bukan diukur daripada jumlah sanjungan manusia dan ia
bukan diukur daripada jumlah harta.
Ia diukur daripada
perbuatan amal dan pahala kamu yang tidak dapat dihisab di dunia ini.
Berlumbalah untuk perkara-perkara amal yang membanyakkan pahala.
Ingatlah wahai anak kesayanganku, sesuatu barangan itu bernilai bukan
sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainnya.
Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia
akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang
terkapai-kapai kelemasan.
Demikian juga sebotol air minuman,
mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa., akan tetapi ia
akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.
Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhira , yang semua tiada bernilai melainkan pahala.
Setiap 1 minit yang berlalu bermaksud 60 saat kamu menghampiri
kematian, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar
manis muka pada saudaramu.
Senyum
p/s nilai kemenangan yang sebenar - amalan kita:-)
Doa Ibu
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...
Followers
Date & Time
About Me

- shaliza
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan
Our New Life

14/10/2007
February 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment