Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

February 14, 2014

Alkisah terkencing dalam seluar

Assalamulaikum w.b.t

Petikan dari fb Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man...semoga bermanfaat..insyaAllah

Alkisah terkencing dalam seluar…

Anak Pak Ali, Ramli, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah Ustaz Ismail tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya.

Ramli terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Ramli tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.

Ramli menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.

Pada masa yang sama, Ustaz Ismail sedang bergerak ke arah Ramli yang sedang menundukan kepala.

Tetiba Ibrahim, rakan Ramli yang duduk di sebelahnya, dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Ramli dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Ramli.

Ramli berfikir sejenak. “Pertolongan sudah tiba!” bisik Ramli di hatinya lalu mengambil peluang memaki-hamun rakannya Ibrahim di depan Ustaz Ismail kerana menyebabkan seluarnya basah supaya insiden aibnya dapat disembunyikan.

Daripada orang yang bakal mendapat aib di kelas, kini Ramli menjadi orang yang mendapat simpati.

Ustaz Ismail membawa Ramli ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.

Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan, tanpa diketahui mereka air kencing Ramli.

Simpati yang dicurahkan kepada Ramli semakin banyak. Ibrahim pula malang dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.

“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Ramli untuk menunjukkan bahawa dia adalah mangsa sebenar dalam insiden tumpah air tadi.

Ramli tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja Ibrahim tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.

Semasa sekolah tamat, Ustaz Ismail memanggil Ramli ke biliknya.

“Ramli, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Ramli daripada aib tadi ya,” Ustaz Ismail berpesan kepada Ramli.

“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Ramli cuba menyembungi peristiwa aibnya.

“Ramli, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Ramli untuk menutup aib Ramli kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Ramli tidak diaibkan. Ramli dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Ramli,” kata Ustaz Ismail.

Ramli tersentak dengan penjelasan Ustaz Ismail dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.

“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Ramli.

“Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Ramli melaluinya,” jawab Ibrahim.

Wahai anakku,
Allah mengatur kamu untuk bertemu dengan orang-orang tertentu pada waktu tertentu dan untuk tunjuk tertentu. Bersangka baiklah bahawa setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri. Kadangkala ia adalah untuk kamu membantunya, menerima bantuan daripadanya, memberikan ia ilmu, mengambil ilmu daripadanya dan sebagainya.

Anak kesayanganku, ingatkan diri bahawa setiap manusia akan ada waktu susah dan mencabarnya, oleh itu, janganlah kamu mengambil kesempatan mahupun mempersenda dan tidak melakukan apa-apa apabila kelihatan orang yang susah.

Bantulah dia sebagaimana yang dilakukan Ibrahim kepada Ramli tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Cubalah kamu berdiri di kasut orang lain untuk memahami keadaan si dia sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan bersyukurlah kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kamu untuk menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya.

Senyum :-)


p/s lumrah manusia begitulah...bila dah rasa selamat, orang lain yang dipersalahkan untuk menutup kesilapan diri....wallahua'lam

1 comment:

Kesuma Angsana said...

nice n3, tq berkongsi yer

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi