Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tuan Man
Alkisah hilang semangat…
Sekumpulan sahabat berlima (semuanya
cikgu) ke hutan gunung untuk membuat kajian terhadap ekosistem. Setelah
beberapa hari, keletihan mula dirasai kerana mereka terpaksa melalui
hutan yang tebal, air sungai yang laju dan juga binatang buas yang
mengacau pada waktu malam.
Apabila tiba di kaki gunung, lima
sahabat ini terpaksa melepaskan barang-barang kurang penting untuk
meringankan beban perjalanan.
Setibanya di pertengahan kaki gunung, kepenatan bertambah beserta dengan
perasaan putus harapan dan lemah semangat apabila mereka terlihat hutan
tebal di depan yang tiada harapan untuk ditembusi.
Salah
seorang sahabat, Ustaz Takiri berkata kepada ketua pasukan, Cikgu Ramlan
bahawa dia akan cuba cari jalan keluar dengan menaiki bukit. 4 sahabat
yang telah berputus asa tidak ingin lagi meneruskan pengembaraan ini
tidak beberapa mengendahkan cadangan Ustaz Takiri.
Cikgu Ramlan juga sangat tidak setuju, tapi atas desakan Ustaz Takiri, beliau akhirnya membenarkannya.
“Bawa lampu suluh ini,” kata Cikgu Ramlan.
Ustaz Takiri membuat ekspedisi sendiri.
Setelah 12 jam, kehilangan tanpa berita dan meresahkan empat sahabat
lain, Ustaz Takiri tetiba muncul berkata, “Atas bukit sana, ada catatan
di atas batu. Ada orang pernah sampai ke sana.”
Mendengar berita baik tersebut, empat sahabat lain terus mengikut jejak Ustaz Takiri ke arah batu tersebut.
“10.3.14,” baca tulisan di atas batu tersebut.
“5 hari lepas? Maksudnya ada orang pernah lalu sini lima hari lepas.
Jadi hutan gunung ini sememangnya boleh direntasi ke belah sana seperti
yang ingin dibuktikan kajian kita,” kata Cikgu Lek, salah seorang
sahabat berempat yang berputus asa.
“Hebatlah Ustaz. Dapat
jumpa batu ini seorang diri. Kalau saya, ayoyo, mesti dah patah balik,”
kata Jeepak, seorang lagi sahabat cikgu pendidikan jasmani.
“Jom teruskan perjalanan. Sebab dah ada orang lalu, pasti ada jalan,” kata Adnan, yang telinganya bengkak digigit nyamuk.
Lima bersahabat teruskan perjalanan – selepas 2 hari mereka akhirnya
berjaya merentasi hutan gunung tersebut dan tiba di sebuah perkampungan.
Pada waktu malam, ketika berehat di kampung tersebut, sambil
makan-makan, lima bersahabat tertanya-tanya apakah orang kampung di sini
yang mencatat tulisan di atas batu tersebut.
Semua orang kampung tidak tahu-menahu pasal tulisan di atas batu itu. Melihat semua ternganga… tiba-tiba….
“Saya yang tulis di atas batu itu. Maaf ya. Saya cuma nak hidupkan
semangat kalian untuk menghabiskan tugas ini,” jawab Ustaz Takiri dengan
segan.
Wahai anakku,
Hidup kena berharapan, ada harapan
dan percaya pada harapan. Dengan adanya harapan, putus asa akan menjauhi
kamu, semangat baru akan mencarimu.
Senyum.
p/s kita mesti jadi Ust Takiri untuk pulihkan semangat orang yang kita sayang:-)
Doa Ibu
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...
Followers
Date & Time
About Me

- shaliza
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan
Our New Life

14/10/2007
March 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dengan harapan, kita akan terus maju ke depan. :)
http://eykabaha.blogspot.com/ ;)
Post a Comment