Assamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hari ini..dah masuk April pun kita. Dah nak habis suku pertama tahun 2013 - cepat sungguh masa:-)
Semalam kita semua tahu pembubaran parlimen kan...jadi siap sedilah kita untuk mengundi ya.
kalau nak semak status & tempat mengundi boleh ke link ini
Salam takziah juga untuk En.Abil, yang telah kehilangan isteri tercinta yang dijaga penuh kasih sayang dan tanggung jawab...innanillahiwainnailaihirajiun...dari Dia kita datang kpd Dia kita kembali. Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah, amin.
dah hampir dua minggu kami tak sentuh rumah yang daam pembinaan tu...itulah jadinya kalau skip buat..huhu
nak jamah balik tu makan masa, nasib rumah sendiri, kalau tak dah kena marah dgn tuan rumah. Aduhai..lama lagi la nak duk rumah sendiri kalu macam ni...sabar jelah.
cuaca di Kb sekarang panas sungguh2...harap adalah hujan sehari dua ni..anak2 saya semua dah naik ruam..malam tadi dah beli lotion calamine..harap tak lah teruk sangat. Jangan lupa minum air banyak2 ya..Najibah saya bekal kan air dalam botol habis dia minum..biasa kurang dia nak minum air..haus sangat lah tu...
kalu tak salah saya lagi kerang lebih 98hari kita puasa...harap saya masih diberi masa untuk berpuasa tahun ini, insyaAllah. yang tinggal puasa tu dah ganti ke? cepat2 ganti ya. masa tak tunggu kita, kalau asyik bertangguh tu takut kita sempat buat jer:-) Ada orang tu dah siap tempah baju:-) awal kemain dia prepare. Tahun ni warna apa yang trend ek?
Ok tu saja untuk masa ini..dah tak tahu nak cerita apa dah..ta...ta
p/s Jangan lupa mengundi:-)
2 comments:
Dekat JB pun panas liza tapi waktu pagi sampai tengahari aje bila masuk ke petang dah hujan mencurah-curah siap mengharung air di atas jalan raya kereta kakak sejak 2-3 hari ini.
Kakzakie;kat sini takder nampak macam nak hujan lagi:-)
Post a Comment