Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

November 19, 2012

As-syura 2012

Kami buat hari sabtu, 2 Muharam 1434h..
saya ada bawa cam tapi segan lah pulak nak amik gambo beria..
tapi ada jugaklah budak2 amik.
tapi tak ikut piawaian saya lah..
saya kalu boleh nak dari sedia barang sampai lah masa bagi2 nak agihkan kat orang kampung...
seronok sangat..
penat pun berbaloi sb boleh bagi kat orang makan..sekali setahun jer pun kan..

ni satu gambo satu curik dari FB budak 2 orang tu..
kami buat dua kawah...satu kecil & satu besar...
kat kelantan, bubur as-syura bila dah agak sejuk dia akan jadi macam lebih kurang bingka tekstur dia..so kita boleh potong2 untuk bagi2..
bagi kami sedap sangat, kalau orang luar tak tahu lah kan..selera masing2
kat dalam tu kita ada masuk kan..bawang (putih & merah), halia, lengkuas, serai, lada hitam & rempah as-syura tu sendiri...semua bahan tu di goreng terlebih dahulu untuk naikkan aroma dia...mmg wangi jer bau..

p/s saya tak pernah rasa bubur as-syura kat tempat lain...jadi saya tak boleh nak tahu beza dia.

2 comments:

RieNa said...

bubur syura kelate mmg terbaik. kalau kat penang tak gemar sgt. selera masing2 kan.

Kakzakie said...

Kakak pun suka bubur asyura. Kalau tempat kakak makan masa suam tu sedap. Rasa kakak lebih kuranglah cuma tempat akak tak adalah macam bingka sebab kami makan pakai sudu macam bubur Mary brown tu. Atas ada tabur daun bawang, kacang tumbuk, daging/sayam siat-siat, kacang tanah bagai

Alamak terliur dah kakak...

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi