Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Alkisah di LRT
Di satu pagi LRT yang sesak selepas cuti panjang, Ali berdiri di
tengah-tengah. Ada yang mengantuk, ada yang tertidur dan semua penumpang
LRT kelihatan tidak bermaya.
Tetiba ada seorang budak kecil
menolak mencari jalan di antara kaki-kaki dalam kesesakan LRT. Ramai
merungut melihat karenah budak tersebut. Dahlah sesak, masih nak ke
hulu-hilir. Namun, semua memberikan laluan mungkin kerana malas nak layan.
Kelihatan bapa budak itu berdiri di tepi pintu tidak mengendahkannya.
Budak itu berani pergi jauh daripada bapanya dalam kesesakan di dalam
LRT itu.
“Bapa apa macam ini? Langsung tak didik anak. Menyusahkan orang lain,” bisik Ali di hatinya.
Selepas merungut, Ali tidak mengendahkan karenah budak tersebut lagi.
Tetiba, Ali terasa ada orang menyentuh lututnya. Rupa-rupanya budak nakal tadi.
Ali memberikan laluan kerana merasakan budak itu nak pulang ke sisi bapanya.
Tapi tidak. Budak itu seolah meminta sesuatu dari Ali.
Ali pun membengkokkan badannya. Ketika muka Ali menghampiri budak tersebut, budak tersebut terus mencium pipi Ali lalu beredar.
“Memang kurang ajar budak ini,” bisik Ali lagi.
“Mengapa budak itu cium aku?” fikir Ali.
Ketika termenung memikirkan persoalan itu dalam keadaan murung, Ali
melihat budak itu melakukan perkara yang sama pada orang lain di LRT.
Melihat bapanya tersenyum, ada seorang penumpang LRT bertanya pada bapanya mengapa anaknya bersifat demikian?
“Maaf ya. Biarkan dia. Dia terlalu gembira kerana masih hidup. Dia baru
sembuh dari koma. Ini pertama kali sejak sekian lama kami menaiki LRT,”
kata bapanya.
LRT berhenti dan bapa dan budak tersebut pun beredar.
Di pipi Ali masih terasa ciuman budak kecil tadi. Di hati Ali terasa malu dengan sangkaan buruk pada bapa dan budak tadi.
“Budak tadi rasa syukur kerana masih hidup dan ingin menyebarkan rasa
sayangnya. Aku pula sedang buat apa? Mereka yang murung di LRT ini
sedang buat apa? Mengapa tak rasa riang kerana Allah masih memberikan
hari ini untuk meneroka dunia ini? Berapa antara kita yang sayangkan
kehidupan yang diberi Allah?” bisik Ali lagi.
Wahai anakku,
Senyumlah kerana kamu masih hidup. Asalkan kamu masih hidup, kamu masih
mempunyai peluang untuk menebus kesilapanmu, bertaubat dan memohon maaf
daripada Allah dan bangkit dan mencuba semula.
Selagi matahari
masih terbit, dan erti terbenam dan bulan masih mengambang tiba
waktunya, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kamu masih boleh
melakukan sesuatu.
Senyum.
p/s semoga manfaat untuk semua:-) Salam Jumaat
Doa Ibu
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...
Followers
Date & Time
About Me

- shaliza
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan
Our New Life

14/10/2007
January 10, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment