Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

January 31, 2014

Belajar Memaafkan dan Melupakan

Assalamualaikum wb.t

Bersua kembali di pagi Jumaat terakhir bulan Januari 2014...betapa masa berlalu begitu cepatkan:-)

Hari ini sekali lagi saya berkongsi sedikit, yang saya ambil dari buku "Bicara ini demi Ilahi". Kali ini berkenaan sifat memaafkan...saya tahu susah untuk kita bila lukanya amat dalam...saya pun begitu...bukan senang nak melupakan, walau sudah memaafkan:-). Takpe kita amibil sebagai pedoman dan berserah padaNya....

Bicara Ini Demi Akhlak

~Belajar Memaafkan dan Melupakan~
Di antara ujian yg diberikan kepada hamba-NYA adalah ujian berbentuk kerenah manusia. Ia adalah sunah kehidupan. Ada ibu yg diuji dengan perangai anaknya. Ada suami yg diuji dgn karenah isteri. Manakala ada anak diuji dgn hubungan di antara ibu dan bapa.
Dlm hubungan masyarakat juga begitu. Ada teman yg menangis gara-gara tindak-tanduk sahabat yg menyakitkan hati. Ada guru yg pening kerana kenakalan anak murid. Ada pula yg gelisah kerana perbuatan org lain. Itu semua adalah ujian yg diturunkan untuk mencari siapakah di antara kita yg terbaik amalanya.
Firman ALLAH di dalam surah al-Kahfi, ayat 7 yg bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah dijadikan apa yang ada di
muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami
hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang
lebih baik amalnya."


p/s dunia ini adalah ujian...mereka yang sabar & redha sahaja yang akan menang:-) Tak mudah...sebab itu syurga Allah itu mahal.

3 comments:

insan marhaen said...

Memang betul. Mudah memaaf dan melupakan kesalahan orang lain adalah antara cara wajah kita cantik dan panjang umur.

Apapun, terima kasih kerana singgah jenguk blog IM yang retro ini.

kagum dengan blog ini kerana walaupun tak banyak komen (mungkin0 tapi terus setia menulis. malah lebih awal dari IM..

Teruskan!

shaliza said...

IM; terima kasih sudi mengunujung...saya menulis tanpa ada niat apa2...cuma menukilkan apa yang terdetik saja:-) masa rajin banyaklah entri, bila malas hmmm kelaut...alamatnya bersawang la blog ni:-)

Kesuma Angsana said...

betul tu, kena sentiasa memaafkan kerana kemaafan itu ubat terbaik sebeanrnya !

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi