Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

July 01, 2010

Ilmiah:Aurat Part II

Ok cuba kita temgok kesalahan2 yang pernah kita lakukan (saya pun terbuat jugak ni)
Kalau buat tu macam2 alasan akan diberi...tapi tengoklah....



Ok ni pulak pengalaman peribadi Noorkumalasari, saya amik dari Gua

"Kongsi pengalaman peribadi


Bercerita tentang penglibatannya di dalam seminar 'Keep The Change - How To Achieve Transformation And Sustaining It' yang dianjurkan oleh AM Production Sdn. Bhd. dan Airborne Production Sdn. Bhd, penyanyi yang sinonim dengan lagu raya "Pulang Di Hari Raya" itu menyatakan, dia akan berkongsi pengalaman peribadi yang dilaluinya selama ini dengan peserta seminar.



Namun katanya, program tersebut bukanlah siri ceramah untuknya berdakwah sebaliknya mahu berkongsi pengalaman dengan orang lain mengenai perubahan hidupnya serta cara terbaik untuk mengekalkan perubahan tersebut.



"Saya pernah menyaksikan seorang wanita yang bertudung tetapi apabila sampai di dalam kereta dia menanggalkannya. Inilah yang kita mahu cuba elakkan. Saya tidak mahu wanita bertudung kerana disuruh oleh suami atau perlu bertudung kerana orang lain bertudung.



"Saya mahu seseorang wanita itu bertudung kerana rasa cintanya kepada Allah dan bukan atas sebab-sebab lain," katanya yang mula menceburkan diri di dalam dunia lakonan melalui filem 'Menanti Hari Esok' pada tahun 1977.



Katanya untuk mengekalkan sesuatu perkara baik sememangnya amat payah. Seseorang itu perlu mempunyai kekuatan dalaman serta keazaman yang tinggi agar perkara baik itu berterusan dilakukan.



"Saya dahulu bertudung tanpa dirancang. Saya bersyukur kerana mendapat hidayah daripada Allah. Selain itu jika dahulu saya tidak pergi ke masjid untuk bersembahyang, tetapi kini saya akan pergi ke masjid bersama suami dan anak-anak untuk bersembahyang berjemaah.



"Ini kerana ketika menunaikan haji di Mekah, saya lihat golongan wanita berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan sembahyang. Tetapi apabila sampai di sini, amalan tersebut dilupakan tanpa sebarang alasan kukuh.



"Perkara seperti ini dan pengalaman yang saya lalui inilah yang mahu saya kongsi dengan para peserta seminar. Ini bukanlah ceramah kerana sehingga kini saya belum bersedia untuk memberikan sebarang ceramah kerana takut ada membuat kesilapan dan yang lebih buruk takut-takut jika timbul perasaan bangga serta riak dalam diri saya," ujarnya yang turut pernah berlakon dalam sebuah filem seram usahasama Malaysia-Indonesia, 'Misteri Rumah Tua' pada tahun 1987."

Bukan niat saya untuk menyindir sesiapa pun...peringatan ini untuk saya jugak,maklum sebagai manuasia iman kita sentisa dibolak-balikkan,jadi sama2 lah kita beringat. Saya jugak pernah melakukan kesalahan2 seperti itu....

1 comment:

en_me said...

insaff kanns.. uhuhu

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi