Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

July 20, 2010

ujian

orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
itulah kan,

tapi Allah berfirman, Dia takkan bagi ujian sekiranya kita tak mampu untuk menanggung (maksudnya lebih kurang la ya,maaf kalau tersilap)

Tanpa kita perasan,ramai lagi yang menggung ujian Allah lebih dari kita.

Malam tadi kami sekeluarga melawat makmuda (mak saudara)
kesian sungguh saya tengok dia,rasa sakit dimana2 saja. Pegang situ sakit, sini sakit.
Sudah tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Apalah daya saya,setakat melawat sekali sekala. Syukur dia punya anak+menantu yang bertanggungjawab....
Makmuda tak punya saudara di sini, sb dia asal Taiping. Lepas kahwin ngn Pakmuda terus menetap kat sini...besar sungguh pengorbanan dia untuk Pakmuda. Tapi rasanya keluarga dia pun ada datang...saya tak pasti samada makmuda punya mak+ayah lagi ke tak. Kalau dah jauh tu faham2 jelah kan,dengan belanja yang bukan sikit untuk datang.

Pakmuda tu adik arwah ayah. Kami ni tak berapa rapat sangat ngn famili sebelah arwah ayah, sb masa arwah ayah meninggal kami masih bersekolah....so ada jurang disitu. Tapi dah besar dan lepas belajar ni kami sentiasa ziarah keluarga belah arwah ayah...lagi2 atuk pun uzur sekarang. Ingat lagi dulu kalau tidak kerana mek sudah tentu kami ni kerumah anak2 yatim...sb katanya mek tak mungkin dapat menangung kami sendiri...syukur punya bonda yang kuat semangat macam mek....sayang mek. Patutnya mereka yang bertanggung jawab ke atas kami....tapi takpelah kan..itu semua dah lepas. Kami tak ralat pun sebab sekarang pun Allah telah kurniakan kami macam2---syukur.

Ohhh panjang pulak cerita saya...ok berbalik pada cerita makmuda, kami difahamkan doktor belum dapat sahkan penyakit dia. Masih dalam ujikaji. Sebelum kejadian dia jatuh bilik air, paha dia patah, tapi masa saya melawat kat hospital hari tu rasanya taklah seteruk semalam. Dia masih boleh berinteraksi dengan kita. Allah tentukan semua itu. Harapan saya anak2 dia sentiasa sabar melayan mak yang sakit itu, orang sakit ni banyak kelakuan dia yang tak diduga.
Harapnya juga makmuda akan kembali sihat. Semoga dia sentiasa ingat Allah.

2 comments:

Anonymous said...

simpati dgn makmuda...betul tu..aku pun selalu ingatkan diri aku.."Allah takkan uji hambanya jika hambanya tidak mampu untuk tempuhi"..kan Allah itu Maha Mengetahui dan Pengasih...

shaliza said...

shima,betul tu. Thanks untuk simpati itu.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi