Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

November 30, 2011

Alamak:-SuperIbu

macamana ni...
abang nak gi lumut...1minggu
tak biasa la kena tinggal ni.
macamana nak hantar&amik anak pulak
hadoi la
sudah la syahmi tu tak mo duk carseat.
nak beriba sesaje kalau naik kete.
tp kalau tak lalui, tak merasakan..
.
.
.
sayang bini tinggal2 kan
ni dah kena la ni...
InsyaAllah I will survive
doaku utk ini
agar syahmi tidak meragam bila letak dalam carseat....

November 29, 2011

Musim cuti sekolah

Cuti sekolah tahun ni tak best..
sb anak2 buah balik tak lama
sebelum ni best..
dorang habiskan cuti kat kampung so kat umah pun gege (bising)
hari ni semua dah nak balik...
alola..
tak sempat nak gege2..
apapun harap panjang umo blh jumpa lagi..insyaAllah.

November 28, 2011

Selamat Pengantin Baru:-Yati & hubby

Semoga bahagia ke hujung nyawa...

1433h

Semoga kita beroleh keberkatan & dalam lindungan Allah sentiasa.

Penat

masih dalam mood penat.
baru balik dari Ipoh, majlis kawin sepupu abg.
penat la jln jauh ni.
dah lama tak berjalan jauh.
dengan anak kecik huhu
lenguh segalanya..
jalan pun pun dah macam gaya robot.
ni baru kali pertama, sejak 4thn jadi bini org berjalan dengan keluarga mentua.
haha
saya ni malu2 kucing...huhu
ok..biasa je...tapi kalau ngn famili sendiri mungkin sayalah juara...
kang nanti saya update pengantin...

November 26, 2011

26.11.2011

~muka di umo 30~

November 25, 2011

present

hahaha
kiranya tahun ni saya dapat hadiah la..
Tupperware...5 items tu pun yang level punya..
suka sangat.
Thanks to my laling la yang tolong bayarkan...antara yang kat bawah tu saya punya...huhu
space kat umah mek tu dah la takder..bila la nak duk sendiri ni...mek cakap semak jer ngn tupperware dia....ke mek dah bagi hint suh duk sendiri tu...hahaha sila sedar diri yeh mekT!



tapi kan...saya ada tengok katalog cosway...mak ai dia punya copy&paste design sejibik macam tupperware...murah sangat2....macamna tu?

November 24, 2011

Masterchef4

Buah?
hah amik kau..
48 buah yang perlu di teka...hihi
kalau saya dah ngap sekali...hhehe
apapun semalam Nik Michael tersingkir...
takper lah nik...sok2 amik course culinary pulak...kalau beul nak jadi chef.
umo pun baru lagikan...

Banjir

baru 3hari banjir sudah 3 org menjadi mangsa kat kelantan...takziah untuk keluarga mangsa. Al-Fatihah untuk mangsa.
mmg tiap tahun inilah yang amat ditakuti oleh kami...budak2 bukan tahu apa, dilarang pun masih berdegil nak main air...sudahnya ada yang jadi mangsa. Bukan anak orang jer..anak saya si kakak tu pun menggeletis nak main air hujan...sementelah kawasan rumah Tokma dia agak rendah dan ada air...lagilah membuak2 rasa nak main tu.
semalam saya balik mmg lencun dia sakan main air...risau pulak. Dibuatnya ada lintah ke apa. Alahai anak.
ni 2 keping gambar yang sempat diambil..

November 23, 2011

Masterchef3

Yihaaa
best sb kump.biru menang task mlm tadi..
kan boleh nampak kelebihan saiful...
walau masih terima kritikan...
felix,deena & lain2 banyak bagi sokongan...
good teams jugak.
.
.
.
biasanya pun pasukan yang horey2 ni jarang menang..
.
.
mlm ni siapa la pulak akan tersingkir...mintakla astro ok mlm ni. musim hujan ni mmg tak brp nak ok astro ni..
jom tgk masterchef. ada contest jugak boleh la cuba, mana tahu nasib baikkan...

biar betul

biar betul ni...
siang waktu keje saya bekalkan susu syahmi 10oz...
5oz je yang habis. Ish takkan banyak tu je dia minum...
bekal nasi kadang habis kadang tak...
tak lapar ke anak oiii?
kita tgk berat nanti macamana...

November 22, 2011

susulan

eretan dari n3 lepas yang bunyi guruh kuat yang amat tu...ala malas nak backlink. ada kat bawah tu je.
saya macam terinsaf la kejap...iya lah,syukur lagi umur masih ada.
dibuatnya masa tu dah sampai...huhu dengan belum solat.
belum solat tu satu hal, rumah macam tokang pecah pun iya jugak.
bukan apa, malukan bila jadi something bila org datang rumah kita macam tokang pecah. ish2
jadi mulai semalam, saya akan pastikan sebelum tido saya mesti
- solat isyak
- kemas dapur
- lipat kain @ pastikan kain dalam bakul tak berselerak
- pastikan menan anak2 kemas.
payah jugak ni nak biasakan diri...
saya selalu beralasan
-anak2 kecik...kemas pun selerak balik nanti
-ala tido dulu la...kang bangun solat la (kalau mati macamana?)
-penat la, asyik aku je (la sapa lagi nak buat kalau bukan kamu)
alola...habit yang sangat tak baik.
Muharam tak lama lagikan..
jadi boleh la berhijarah ke arah yang lebih baik kan..insyAllah.
Nak kena tanamkan dalam hati setiap apa yang baik pasti dibalas baik...insyaAllah.

November 21, 2011

serba tak kena

pagi ni sudahlah bangun lewat.
nasi anak pulak hangit.
hmmm
last call Ma (MIL) minta dia buatkan nasi untuk syahmi...
pastu dapat pulak bonus->dia tapaukan nasi goreng untuk menantu (hantu) dia ni.

p/s lain kali bila dengar alarm tu jangan katup..nilah padahnya.

Dasyat

Malam tadi hujan tak berenti2.
balik dari tengok atok, tidokan anak2.
dalam pukul 2.30am...terdengar satu dentuman yang sangat kuat..kuat sangat..
sampaikan anak2 tersedar....menangis ketakutan...
Allahuakbar...bunyi apa tu..
kilat pun sambung menyambung selepas itu...
guruh ke petir...
tapi seingat saya lah, sepanjang hidup ini, bunyi tu tak pernah dengar...takut sangat..
sudah lah saya belum solat isyak...lalainya saya..
di buatnya, dentuman itu akan menyebabkan nyawa saya tercabut dari jasad...AllahuRabbi...
Ampunkan dosaku Ya Allah...
Tapi sungguh saya rasa dasyat..agaknya kat tempat yang biasa ada gunung berapi & macam kejadian alam yang lain tu macam tulah agaknya bunyi tukan...Allah...lindungi kami dari segala marabahaya...

November 17, 2011

Musim cuti sekolah

hari ni last day sekolah kt belah pantai timur..
musim cuti sekolah anak2 buat apa ya..
kalau zaman saya dulu main jelah kejenya...
dulu mana ada nak masuk apa2 kelas pun
selain dari takder modal...budak kampung mana kisah nak attend apa2 kelas.
apa yang best cuti sekolah makna nya takder baca2,keje sekolah & seangkatan la..
kalu sekarang, macam2 kelas boleh anak2 kita attend kan-bagi mereka yang mampu lah kan.

dulu kalau cuti sekolah menan biasa bagi budak kampung main congkak,dam haji,tenteng,galah panjang,tali getah,guli,mcm lagilah..
pastu pulak time cuti biasanya kat sini musim banjir...emm lagilah best.
main+makan=tido.
masuk sekolah balik tak tahu apa=tepu...hehehe
apa pun best.

jom balik kampung weh...

November 16, 2011

membuas




syahmi skrg sibuk nak membuas @ melasak
baru lepas demam. lapan bulan umo.
berat pun tak naik sangat bila checkup 8bln
tapi ok lah dengan panjang dia.
budak ini dah mula meniti kat tepi2...
org tua kata dah berjalan la tu.
awal pulak budak ni.
tapi mmg pantang lepa, mula la nak meniti.

Duit Bantuan

ramai yang dah terimakan.
duit bantuan untuk pelajar2
RM100 untuk sekolah rendah & menengah & RM200 untuk pelajar IPT.
.
.
.
Macam tak efisen je bagi bantuan tu sekarang...budak2 pun baru habis untuk sesi tahun ni...
kalau kata nak buat belanja sekolah...rasanya tak la...nak dekat buka sekolah rasanya baru mak pak gi soping brg sekolah.
alamat duit tu habis gitu jelah kalau yang makpak tak amik tahu.
kenapa awal2 dah kasi ek?
nak pancing ya?
.
.
.
huhu

Masterchef 2

haha
dah kena guna2 dek masterchef dah ni..gian oii
siap leh gaduh ngn org2 kat umah nak chop tv
huhu
by 9.00 pasti kan syahmi tido kalu tak takleh nak tumpu...bengang sungguh apaknya.
mlm tadi mcm tak kena lah buat peserta task macam tukan...
kalau dari segi logiknya pun mana ada restoren datang ramai2 macam gi kenduri...ni pendapat saya la ya...
sian peserta semua...tension sungguh mereka.
tapi saya suka sebab geng doktor gigi berjaya..
tapi jugak napelah deena takmo guna pin kebal dia tu...rasanya dia yakin kut tak terkeluar nanti...hehehe
peserta feberet sapa ya..belum ada lagi...belum nampak yang betul2
ok kang kita ngomel lagi ttg masterchef ni.

November 14, 2011

Masterchef

dok layan Masterchef.
tapi bila ada citer ttg chef yang overstated qualification...emmm
kalau ya nak show off pun pada2 la..
lambat cepat org tahu jugak kan..
tapi saya suka rancangan ni...
peserta dia ok..
Papa Joe & chef Zubir pun OK
boleh kenal chef2 jemputan...
tak sangka kan chef2 ni comel2 & kacak2 jugak...
huhu

November 12, 2011

kisah bonda, kakanda & adinda

Bonda
kerut dahinya tidak pernah hilang
memikirkan kelangsungan hidup diri dan ank2
memerah keringat & kudrat sehingga hujung nyawa

kakanda
keluh kesah sehari-harian
penat mencari penyelesaian
pada yang boleh menyelesai
apa semua ini

adinda
mungkin belum terbit rasa sesal
padanya hidup perlu diteruskan saja
apa yang ada dihadapan diredah tanpa hala
hidup dalam dunia sendiri

November 11, 2011

S.A.B.A.R


"Ya Allah, Jandikanlah hamba orang yang penyabar dan besabar dengan segala ujianMu"

sedang berusaha untuk punya sifat "sabar" yang tinggi dalam melayari kehidupan ini.
sabar dengan suami -- amat la payah nak sabar sebenarnya
sabar dengan anak2 -- sama la jugak ni...
sabar dengan parents -- insyaAllah
sabar dengan adik beradik -- insyaAllah
sabar dengan majikan, klik, kawan2 -- mesti kena sabar ni
sabar dengan saudara -- kadang2 hilang sabar jugak.

p/s senang citer sabar dengan semua benda(hal) la...salam jumaat:-)

November 10, 2011

ibu+abah+kakak+syahmi

gambo terbaru la kiranya ni..

November 09, 2011

update:stok EBM


ni yang terkini..main longgok2 je...saya takpe sb anak dok ngn familikan...jadi tak perlu nak detail sangat labeling.

stok saya takder lah banyak macam ibu2 yang lain..
tapi alhamdulillah masih cukup untuk syahmi.
lagipun syami dah makan kan...waktu siang kadang tak habis pun 10oz yang saya bekalkan.
kat ofis skrg saya pump 2-3 kali je..tengok keaadaan
kalu dulu (sebelum syahmi mula makan) mmg ikut time la.
sekarang janji pump je.
weken mmg tak la, tapi kalu dah penuh sangat terpaksa gak...
so saya dah dpt dip dlm course BF..huhu
insyaAllah lepas ni leh dapat degree pulak.

p/s tolonglah jgn pandang lain macam bila ada ibu yang tidak menyusukan anak dia. Mungkin dia ada masalah dia sendiri, dan kalaupun kita nak dia BF anak dia, nasihat lah dengan cara yang istiqamah. Tak payah lah nak tunjuk lagak bila kita boleh BF anak kita. Doakan mereka juga mampu untuk BF anak2 mereka.

Selamat Pengantin Baru:-Abe Yo

Semoga bahagia hingga ke Syurga.

tak jelas sgt..dok jauh pastu pulak org ramai

nak interframe gak la...hehe

ma+abah penganti lelaki...sepupu saya

Raya Korban 2011

sekitar raya korban tahun ni...
gambo lembu masa sembelih takder, sb takder sape nak tolong saya amikkan...
so layan jelah apa yang ada...alhamdulillah, kami dah selesai aqiqah anakanda syahmi..

rasa macam best pulak pakai shawl...tapi ngn anak kecik susah pulak.

kakak ngn cousin2 dia...sblm gi umah Tokma nak tgk lembu kena sembelih

ni dia budak yang di rai....ibu&abah tak hutang aqiqah dengan syahmi ya....

lapah jgn tak lapah

November 06, 2011

Raya Korban

Selamat Hari Raya Korban semua...
tahun ni saya amik satu bahagian nak buat aqiqah syahmi...nanti up gambo ya.

November 05, 2011

Kawan lama

gambo kawan lama saya....
kat mana la dia sekarang....tapi rasanya masih di sini, sb dia jadi model untuk papan iklan tu.
harap dapat jumpa dia lagi...nama dia jugak Najibah sama macam nama anak saya....cantik kan dia.

November 04, 2011

budak demam

ni ha budak demam

sian dia demam+batuk+lelah (asthma)
doktor pesan bila dia batuk tu,jolok dengan tangan dalam mulut, biar dia muntah, dan kahak tu keluar.
kami dah buat...tapi tak jugak keluar kahak dia...
Asthma ni kami mmg ada . Faktor keturunan la ni.
Harap cepat hilang la ya...sebab saya sekarang dah tak kena asthma, masa kecik2 dulu je. Tapi abang ,masih ada (jarang2).
Jadi kami tahulah apa yang syahmi rasa...sesak dada. Nak kuar kan kahak tak boleh. Minta2 la jangan sampai kena sedut gas...
Alhamdulillah, kakak tak kena.

November 03, 2011

Tudung bawal

Saya masih prefer pakai tudung bawal instead tudung ready made tu bila ke tempat keje..
tak tahu kenapa bila pakai tudung ready made tu rasa pelik jer (ke tudung murah?)...baiklah pakai tudung bawal empat segi....nak kena gosok pun gosok la...janji selesa.

Tapi saya pakai jugak tudung ready made tu bila keluar hujung minggu...senang kan - sarung saja. Nak2 pulak ada anak kecik ni.

gambar penyeri entri...huihui...

November 02, 2011

Abaya

sekadar berkongsi....
rasanya ibu2 patut ada Abaya (baju ala jubah, just sarung jer) dirumah masing2.
sebabnya...bila terdesak senang, capai then sarung jer...
ye lah kita tak tahukan bila
- anak demam-nak kena cepat2 pgi klinik...sempat ke nak melawa lagi kalau demam tiba2 (pengalaman ni)
- tamu datang dengan tiba2 - nak2 pulak tetamu yang tak diundang. kalau ada abaya ni...sap2x soi je...apa yang penting tutp aurat:-)

November 01, 2011

1.11.11

November sudah...mari raikan bersama-_-

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi