Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

May 16, 2014

Perjuangan

Assalamualaikum w.b.t

**Entri schedule**

Petikan artikel dari wall FB Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man 

Wahai anakku,
Islam pasti mencapai kemenangan kerana itu janji Allah, dan kita yakin dengannya. Hanya apa yang aku bimbang apakah kita mendapat saham di atas kemenangan itu. Kerana itu, janganlah engkau lengah menghabiskan masa mudamu dengan perkara yang sia-sia, kerana dunia ini akan melekakan kamu dan menjauhkan kamu dari perjuangan dan jihad. 

Wahai anakku,
Rasulullah tidak akan ditentang andai sekadar mengajak manusia kepada amal ibadah fardiyyah. Baginda tidak ditentang sekadar mengajak manusia untuk solat dan zikrullah. Baginda ditentang kerana aqidah yang dibawa, sehingga segala-galanya akan berpaksi kepada ketauhidan kepada Allah.

Wahai anakku,
Bersabarlah di atas lamanya perjuangan untuk mengecapi kemenangan kerana Allah mempunyai jadualnya. Ikutilah perjalanan perjuangan dan jihad ini, teguhlah kesabaranmu, tabahlah hatimu. Tingkatlah ketaqwaan sementara kemenangan yang bertambah hampir.

Wahai anakku,
Andainya kamu tidak berkesempatan untuk merasai kemenangan di dunia ini, janganlah kamu terlalu kecewa kerana kemenangan sebenar sedang menantimu di akhirat. InshaAllah semoga Allah merahmati perjuanganmu.

Senyum.

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tq sharing Shaliza.. peringatan yg sangat bermanfaat..

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi