Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

February 04, 2013

Ini tak kelakar

Assalamualaikum w.b.t

Saya rasa macam bertanggungjawab pulak kat budak2 ngaji kat rumah ni...
ada satu kumpulan tu dari satu famili, saya tak tahu macamana nak didik mereka ni..mereka mmg ngaji dgn mek dari abang2 & kakak2 hinggalah adik2...semuanya ngaji dengan mek.
Satu masalah mereka ialah mengaji sekerat jalan. Bila dah agak besar (bagi mereka lah) umo dalam 13-14thn mereka berhenti ngaji, sedangkan masih merangkak2.
Satu hal lagi, mereka tidak solat-sedih kan. Tapi tak boleh nak pandang remeh, tu yang saya rasa bertanggung jawab tu. Macamana saya tahu mereka tak solat? Ialah kalau solat takkan azan baru jer habis dilaungkan mereka dah goncang pintu rumah mek datang nak mengaji...jadi fahamlah kan? (mereka mengaji di waktu malam, selepas maghrib biasanya mek ajar)
Itu anak2, ibubapa budak2 ni saya tak tahu ya..itu wallaua'lam. Doa saya mereka bersolat. Saya cerita pasal budak2 ni sahaja. Saya juga skeptikal, tapi cuba untuk 'husnozon'.
.
.
ok berbalik pada budak2 ni, saya cuba untuk pujuk mereka untuk solat di rumah mek, sementara menanti mek habis solat.
Allah nak uji kesabaran saya, ramai yang menolak...bila tanya kamu solat ke kat rumah? Jawapannya senyap.....Allauakbar, anak2 ini akan membesar, bakal jadi pelapis kami pulak nanti...tak sanggup saya fikirkan. Malah ada yang keluar balik selepas saya leka, saya ingatkan dia pergi amik wuduk, rupanya keluar..huhu
Moga Allah bukakan pintu hati anak2 itu...Solat Tiang Agama dik, kalau itupun kamu tak mampu nak buat, apa lagi yang lain2.
ooo ya..umo budak2 ni dalam lingkungan darjah 3-5. Dah patut dipukul kan? Tapi anak orang takkan saya nak pukul pulak...sabar je lah....apa yang perlu saya buat untuk tarik perhatian mereka ni..sudahlah quran tak berapa nak boleh baca, akademik pun sama..rugi betul.
.
jadi sekarang, saya akan cuba untuk pujuk mereka bersolat, saya faham bila di paksa anak2 ni akan memberontak....so perlahan2 la ya..takut pulak tak datang langsung pulak nanti....harap usaha saya berbaloi2. Semoga Allah mudahkan urusan tersebut dan menerangkan hati anak2 itu untuk mengenal qalamNya..Amin

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

dulu masa mengaji dgn arwah atok ade jugak teknik nak bgi budak2 ni stay tuk belajo solat.
ingat2 lupalah..
owh ye..
mcm ni kot?!
turn depa yang tak reti solat tu or ngelat..
lambatkan smpai waktu solat and geng yg tak solat ni suh solat satu group
mmg tak boleh ngelat sbb ngaji tak abis lagi.
and in case klu parents suh update
citerlah..
kenapa buat gini and segini
klu parents lps tgn..
wallahualam

ni option sahaja sbb arwah atok dulu takdelah garang sangat.

shaliza said...

Terima kasih...insyaAllah boleh dipraktikan. rasanya parents tak amik tahu pun..

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi