Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

August 14, 2014

Tabiat Anak Perlu Dipantau

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari majalah Pa&Ma edisi August 2014.
 
Kanak-kanak yang sedang membesar iaitu pada peringkat usia tiga atau empat tahun memiliki tabiat-tabiat pelik dan kadang kala ia memeningkan kepala ibu dan ayah. Tabiat tersebut perlu dipantau dan dibetulkan. Bahkan pembetulan tersebut bukan hanya boleh sekali, ia mesti kerap diingatkan kepada kanak-kanak ini.
Antara 20 tabiat pelik yang sering dilakukan kanak-kanak usia 3 – 4 tahun adalah seperti berikut:

*Suka menghisap/menggigit hujung kain/pakaian. - 2-2 tak buat
*Masih menyusu walaupun susu ibu sudah tiada serta menggentel puting payu dara ibu.- ini mmg syahmi selau buat, kakak jarang2
*Menggigit kuku.- 2-2 tak pernah buat so far
*Merasa najis hidung.- syahmi pernah buat korek taik hidung pastu sua jari kat mulut...saya punya jerit masa tu smpi sekarang tak buat dah...huhu
*Memakai kasut atau baju secara terbalik. - so far 2-2 anak boleh pakai dgn baik tak terbalik
*Membutangkan baju secara senget.- okay, butang dgn elok
*Menghantukkan kepala ke dinding andai kehendak tidak dipenuhi.- belum pernah buat lagi both kakak & syahmi
*Makan dengan tangan kiri.- ini syahmi buat, skrg pun masih lagi.
*Makan bersepah-sepah.- biasa
*Cakap terbalik dengan ayat tidak tersusun. - syahmi ada kadang2, kakak tak...
*Menggaru atau menyentuh alat sulit.- hahaha nakal ni
*Kelam kabut.- saya pun kadang kelam kabut jugak:-)
*Suka menyampuk.- yes...suka menyampuk nak2 time mak pak nya dok bercakap
*Menunjukkan perangai bukan kebiasaan di hadapan orang lain. - selalu
*Tidak boleh duduk diam.- biasa
*Membaca atau menulis dengan posisi kepala di atas lantai. - macamana ek?
*Menonton televisyen dalam jarak dekat.- ya syahmi suka tgk tv dekat2
*Suka bermain dengan tali dan membuat ikatan.- ni pun budak syahmi suka main.

Sebenarnya dalam perkembangan si manja, memiliki tabiat yang sukar dikikis bukanlah kesalahan yang besar pada peringkat usia tersebut. Ketika ini mereka sedang meneroka dan mencuba bermacam perkara baharu.
Jangan risau, kerana ia adalah perkara normal bagi kanak-kanak usia tiga hingga empat tahun memiliki tabiat-tabiat pelik. Ketika ini mereka sedang mempelajari pelbagai perkara seperti kemahiran mengurus diri dan membantu diri sendiri.
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh mengharapkan anak untuk melaksanakan semua perkara dengan baik dan sempurna kerana mereka masih dalam proses pembelajaran. Mungkin tip berikut boleh membantu anda mengurangkan rasa pening kepala menghadapi kerenah pelik mereka.
  1. Berikan masa untuk belajar.
  2. Jangan menghukum sebaliknya disiplinkan.
  3. Teruskan mengajar dan bersabar.
  4. Penerangan sebab dan akibat.
  5. Berikan pujian kepada anak.
Semoga kita semua mampu menjadi ibu bapa yang terbaik dalam melahirkan anak-anak yang cemeralng.  
Untuk pelbagai info tentang perkembangan anak berusia 4 – 6 tahun boleh rujuk dalam majalah Pa&Ma Genius yang akan diterbitkan pada Oktober akan datang. Jangan ketinggalan dapatkan ia.     

p/s...banyak yang dalam list tu syahmi buat:-). rasanya dulu masa najibah umo around tu takder pulak dia buat macam tu....ke ibu tak ingat. tapi rasanya mmg najibah tak buat la...ke anak perempuan vs anak lelaki ni lain sikit peelnya.

No comments:

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi