Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

October 23, 2014

Letakkan Ego di bawah :-)

Assalamualaikum w.b.t

c&p dari FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah seorang kecewa

Seorang pemuda dengan wajah penuh kekecewaan datang bertemu Ustaz Ibrahim dan mengadu:

“Saya ingin mendalami ilmu lukisan, tapi sehingga kini saya masih tidak menjumpai seorang guru yang memuaskan hati saya,” adu pemuda itu.

Ustaz Ibrahim secara berseloroh membalas: “Bertahun-tahun ini kamu menggembara, masih tak jumpa seorang guru untuk diri sendiri.”

“Ya. Ramai yang saya jumpa hanya hebat pada nama. Saya melihat lukisan mereka, kualitinya pun tak sebaik yang saya lukis!” jawab pemuda itu lagi.

“Ana tak pandai lukisan. Tapi ana suka mengumpul lukisan orang ternama. Walaupun kamu masih belum ternama, boleh kamu lukis satu pun simpanan ana?” tanya Ustaz Ibrahim.

Pemuda yang teruja dengan pelawaan tersebut terus bersetuju dan bertanya pada Ustaz Ibrahim apa yang ingin dilihatnya pada lukisan tersebut.

“Ana suka teh. Mungkin lukis cawan dan teko dah ok,” kata Ustaz Ibrahim.

Pemuda itu pun melukis dengan sepenuh hati dan selepas sejam, lukisan itu pun terhasil.

“Bagaimana ustaz? Puas hati?” tanya pemuda itu.

“Ada masalah sikit? Kamu melukis teko di atas cawan di bawah. Sepatutnya cawan di atas teko di bawah…,” ujar Ustaz Ibrahim.

“Ustaz ini keliru kot. Mana ada orang lukis teko di bawah cawan? Terbalik la tu,” sindir pemuda itu yang kurang senang apabila Ustaz Ibrahim menyatakan lukisan dia ada masalah.

“Kamu tahu juga ilmu ini. Untuk menuang ke dalam cawan, teko kena lebih tinggi dari cawan. Tapi mengapa kamu sentiasa meletakkan cawan kamu lebih tinggi dari teko? Macam mana kamu nak terima ilmu daripada orang lain?” balas Ustaz Ibrahim sambil senyum.

Pemuda itu tersentak dan akhirnya merendah diri dan melukis satu lukisan baru di mana cawan di atas teko di bawah untuk dihadiahkan pada diri sendiri atas teguran Ustaz Ibrahim.

Wahai anakku,
Meskipun dari tangan yang sama, jari berlainan panjangnya. Ada bukit yang lebih tinggi daripada bukit yang kamu kenali. Bersifat rendah diri sentiasa supaya ilmu dapat terus mengalir ke arah kamu. Segala ciptaan Allah boleh menjadi guru kepada kamu. Hanya kamu yang dihinggapi penyakit sombong tidak mampu menjadi pelajarnya.

Senyum

No comments:

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi